Aku bukan seorang blogger.
Aku juga bukan seorang penulis.
Malah, aku bukan seorang peminat seni sastera sama sekali.
Aku hanya seorang yang gemar menaip di papan kekunci.
Tidak hairanlah jika hasil nukilan saya tidak menarik.
Tidak menarik perhatian.
Tidak merangsang minda.
Tidak menimbulkan rasa ingin tahu.
Tidak memprovokasikan semangat berkobar kobar.
Tidak mencabar kepercayaan dan pendirian diri.
Tidak menjanakan perasaan di jiwa (apakandaya lagi di raga).
Tidak apa jua sama sekali
Itu kerana aku hanya seorang yang gemar menaip di papan kekunci.
Lebih lebih lagi,
Hasil nukilanku tidak akan dan tidak pernah menimbulkan rasa loya.
Tidak membarakan benci yang terpendam.
Tidak, walaupun sedikit, membosankan orang ramai.
Yang bosan hanyalah aku.
Aduh...
Demikianlah nasib seorang yang hanya gemar menaip di papan kekunci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment