Friday, May 23, 2008

Siri Amerika Syarikat Bahasa Melayu 1

Aku sekarang berada di bandaraya Washington DC. Tempat ini merupakan ibu negara Amerika Syarikat, sebuah negara yang masyur dengan pelbagai tarikan seperti tugu tugu peringatan, rancangan televisyen, teksi-teksi, peperangan, ketua ketua negara, dan donut. Malah, adalah dipercayai bahawa donut merupakan ciptaan orang Amerika.

Satu lagi makanan yang tidak kurang masyurnya (dan dipercayai lebih mashur dari donut) adalah hotdog. Hotdog di Amerika Syarikat kebanyakannya diperbuat dari daging lembu. Oleh itu, para muslimam dan muslimat yang tidak risau untuk memakan makanan katok tidak perlu berasa was was. Katok kerana kemungkinan besar lembu itu tidak dibacakan doa doa yang berkenaan apabila ia disembelihkan. Saya tidak pasti, biasanya saya tahu jika ia halal dengan melihat cop 'halal' yang diluluskan jais.

Walaubagaimanapun, terdapat juga hotdog yang diperbuat dari daging babi. Saya suka hotdog babi. Bagi saya, babi itu adalah daging yang paling sedap di dunia. Saya suka babi. Babi itu sedap. Babi suka saya. Tapi saya tak sesedap babi. Maaf, saya sudah terlajur. Tujuan nukilan ini bukan untuk bercerita mengenai babi... sepatutunya diceritakan pengalaman saya di Amerika Syarikat.

Walaupun begitu, saya ingin memohon maaf. Alangkah sayangnya, saya berasa sungguh penat dan sudah tidak larat. Oleh itu, saya sudah malas nak menaip di papan kekunci...

Jumpa lagi di hari yang lain...

1 comment:

Anonymous said...

so so have you visited the FBI building yet? Smithsonian Natural History Museum? Did a jog around the Mall? The Asian Museum aso very nice.

write to me! i'm bored!