Saya sebatang pen, nama saya Pilot. Saya sebatang pen hitam. Saya dilahirkan di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebagai sebatang pen, saya cukup tampan sekali. Badan saya panjang dan kurus, cukup seksi. Demikian itu memang tidak hairanlah kenapa penutup pen di muncung saya tidak serik serik berada di sana.
Walaupun saya cukup tampan, saya tidak faham kenapa saya sebatang pen hitam. Kenyataannya ialah, saya lebih rela menjadi sebuah pen biru. Sekurang kurangnya pen biru itu berwarna, hitam itu... bukan warna. Hitam adalah keaiban segala gala warna. Ia tidak berwarna. Mungkinkah itu sebab kenapa sudah sekian lama saya tidak dibeli. Sekarang sudah genap 5 bulan saya menghingapi rak di kedai buku Popular ini... sudah lima bulan... tidak ada seorang pun yang membeli saya.
Sekali-sekala, ada seorang dua pelajar sekolah yang mengambil saya, mereka membuka penutup saya, lalu menulis ayat-ayat yang tidak bermakna. Kadang-kadang, jika saya tidak mengeluarkan dakwat, mereka mengoncang saya, ada yang mengoncang saya dengan perlahan, ada yang mengoncang saya dengan rakus sekali. Seandainya saya yang bersalah.
Apakandaya, kadang-kadang prestasi saya kurang memuaskan. Bolehkah saya dipersalahkan? Tanyalah mana mana pen yang lain, kalau dah duduk di rak kedai buku selama 5 bulan, siapalah yang bersemangat lagi untuk melakukan yang terbaik. Bukannaya tidak mahu berprestasi, tapi bak kata orang, kalau lama tak turun padang, mestilaj karat sikit.
Oleh itu, saya tidak pernah dibeli. Kadang-kadang, jika saya mampu mengeluarkan dakwat, budak-budak akan tulis ayat ayat seperti... seperti... aduh... tidak sanggup saya katakan disini, saya pun segan.... seperti... 'fuck', 'pukimak', 'i love you', 'nak hisap kote? telefon 012 6349876', dan lain-lain. Tidak, kenapa budak-budak zaman sekarang begitu biadap sekali. Aku tidak faham, apakah makna hidup saya, apakah tujuan kewujudan saya. Apa ni! Aku tak faham! Aku bingung....
'ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH' aku jerit dengan sekuat hati. Budak yang sedang memegang saya sambil menulis 'Farah pant...' terus menjatuhkan saya ke lantai, terkejut akan pen ini yang mampu menjerit dengan begitu kuat sekali.
Aku jatuh ke lantai dengan kuat sekali, Kesakitan yang terasa tajam sekali... Tiba-tiba... aku terjaga dari tidur. Rupa-rupanya itu semua hanya mimpi sahaja. Aku berasa lega yang saya sebenarnya bukan sebatang pen hitam.
Saya sebenarnya adalah sebatang pensel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment