Wednesday, August 09, 2006

Hikayat Hari-Harian Di Hari Rabu

Hari ini, aku membeli sebuku roti dan sebuku sabun. Di samping itu, saya juga ada membaca buku.
Di waktu makan tengahari ku bakarkan roti itu, bersama setin sup jagung ku panaskan. Ku juga bancuh segelas air ribena.
Ku celupkan roti bakar ke dalam sup jagung yang panas. Roti yang dibakar lembik diselaputi sup jagung.
Ku makan roti itu...
Panas, sup jagung membakar mulutku.
Ku paksakanya ke perutku...
Tekak ku membara.
Panas!
Ku telan seteguk air ribena yang sejuk.
Sejuk!
Kelegaan terasa, namun tekak masih membara.
Mulut ku bercelaru.
Panas! Sejuk! Panas! Sejuk!
Lambat laun semuanya menjadi suam.
Sesudu sup ku dekatkan ke mulut... ku tiup... 'fuuuu... fuuuu...'
Biarkannya suam agar lidah tak melecur.
Sup jagung suam. Roti bakar disapu mentega, sekeping keju menjadi teman.
Air ribena menjadi penawar.
Suam... semuanya suam, selamat dijamu.
Namun,
Tidak sesedap bilanya panas.
Kalau nak panaskan ku terasa malas... walaupun jika hanya di ketuhar gelombang mikro.
Ku malas... ku makan sahaja apa yang suam walaupun kurang sedap.
Lambat laun, sup jagung, roti bakar, dan air ribena kehabisan juga.
Rasa kenyang di perut...
Namun di hati...

No comments: